Wednesday, April 29, 2009

HAPPY BIRTHDAY UCHA

Hari ini, hari yang bertuah buat salah seorang rakan sekelas PISMP BM SEMESTER 1,
Kerana menyambut ulang tahun kelahirannya yang ke-20.
SELAMAT HARI JADI KEPADA ROSELIND UCHA ANAK JUBONG!

Dikesempatan ini, kami rakan-rakan sekelas, mengharapkan semoga anda sentiasa melakukan yang terbaik dalam apa juga bidang yang diceburi, sentiasa tabah dengan apa juga masalah serta rintangan yang melanda, dan ingat, TUHAN sentiasa bersama-sama dalam hidup kita, Amin.


(P/S: rakan-rakan yang lain, bolehlah menghantarkan ucapan selamat hari jadi anda kepada Ucha di blog ini.)

Tuesday, April 28, 2009

PERSAINGAN PERINGKAT AKHIR PESTA PANTUN 2009 IPGM KAMPUS KENINGAU

Pelbagai spekulasi mula bergema di corong-corong IPGM kampus Keningau,
Persoalan untuk mengetahui siapakah bakal ke peringkat akhir Pesta Pantun sempena bulan bahasa sudah diketahui.
Persaingan antara KPLI dengan (P)PISMP adalah dinanti-nantikan.
Persoalannya:

1.Mampukah kehebatan barisan pemantun IPGM kampus Keningau 2008, mengekalkan kehebatannya?

2.Adakah Severinus(Boi) mampu berhadapan dengan pihak lawannya kali ini(KPLI MT)?

3.Dan, mampukah Meris mengawal perasaan gemuruhnya di pentas akhir nanti?

1. Dan, mampukah cara persembahan KPLI Matematik menarik perhatian juri?

2. Mampukah barisan KPLI ini menewaskan adik-adik (p)Psimp?

3. Akhir sekali, adakah Syed Mohd.Zahinyr mengekalkan prestasi cemerlangnya sebelum ini?

(saksikan persaingan mantap pesta pantun peringkat akhir IPGM kampus Keningau 2009, pada 5 Mei 2009, jam 8.30pm)

p/s: Komen dan pandangan anda dihargai.

FINALIS BULAN BAHASA

Tahniah...tahniah...tahniah...

kepada peserta2 yang berjaya menaiki pentas final pertandingan dalam bulan bahasa...

terutama sekali kepada ahli-ahli kelas PISMP Bahasa Melayu..

Pantun: Meris, Boi
Syair: Dewi
Sajak: Niza


Sunday, April 26, 2009

Peperiksaan awal sudah bermula

Sedar tidak sedar, rupanya kita sudah hampir sampai ke penghujung semester 1.
Pejam celik pejam celik, peperiksaan akhir semester sudah tiba.
susah dan senang ditempuhi, akhirnya masa cuti hampir dekat.
Esok, peperiksaan kertas pertama adalah TITAS,
yang lebih kepada subjek sejarah Tamadun Islam dan Tamadun Asia.
Selepas sahaja subjek TITAS, kita akan menempuhi peperiksaan subjek ELP,
iaitu satu-satunya subjek English yang diambil.
Apa juga yang berlaku, apa juga yang terjadi, apa juga yang dihadapi,
tempuhi ia dengan sebaik-baiknya,
dan ingat kita berusaha bersama-sama untuk mendapat keputusan yang terbaik,
sehingga mencapai puncak kegemilangan nanti.
Paling tidak pun, ada di antara kita namanya berkumandang semasa anugerah pelajar nanti.

Saturday, April 25, 2009

Kisah Benar
















Cerita ini adalah benar dan sahih berdasarkan pengalaman rakan kepada salah seorang ahli di dalam kelas kami.

Kisahnya bermula begini,
di suatu pagi yang indah seorang Pak cik tua sedang menjalankan aktiviti hariannya berkebun di kebun miliknya sendiri.
Semasa dalam perjalanan hendak menuju ke untuk membersihkan kawasan tanamnya,
beliau telah terjumpa dengan setompok tahi.

Pakcik Tua: Huh, tahi!..besarnya...tahi apa ni?...tahi anjing ka..tahi binatang lain?..hmmm...

Tanpa berfikir panjang pak cik tua itu pun berlalu dan memulakan kerjanya tanpa mendapat jawapan tahi apakah yang ditemuinya tadi.
Semasa sedang asyik berkerja..tiba-tiba pak cik tua itu teringat semula akan tahi yang ditemuinya tadi..

Pak cik Tua: hurmmm....tadi tu tahi apa ya??...tahi anjing ka...tahi manusia ka...atau tahi binatang lain...isyh..isyh....!

Perasaan ketidakpuasaan hati menyelubungi pak cik tua itu..lalu membuatkan pak cik tua tadi kembali ke tempat dia ketemukan tahi tadi dan mengambil sebatang ranting dan menggunakan ranting tadi untuk memeriksa tahi tadi ialah sisa najis anjing atau binatang lain..

Pak cik Tua: Owhh.....betul la tahi anjing..hehe..risau aku..

Kemudian dengan rasa puas hati seketika dia kembali meneruskan perkerjaannya, namun perasaan tidak puas hati kembali lagi..dia masih bingung adakah benar tahi tadi adalah tahi anjing?..kemudia dia pergi semula dan kali ini..menghidu bau tahi itu dengan teliti..

Pak cik Tua: Huh..betul..betul..betul..tahi anjing ni..aku yakin kali ni..

Wah...nampaknya pak cik ni dah yakin...NAMUN tidak sampai 2 minit keyakinannya mulai luntur!..dia kembali lagi untuk menganalisis dengan lagi tepat..adakah tahi yang dijumpainya ialah tahi anjing atau tahi binatang lain!..huhu..gila pak cik ni...

Dan kali ni...pak cik tua tadi..dengan beraninya mencalit sedikit tahi tersebut dan merasanya dengan lidah untuk menganalisis kebenaran keptusan yang dibuatnya pada pertama kali tadi..Huh!..dan nak tahu apa pak cik tu cakap???..hah ni dia..

Pak Cik Tua: Puiiii...memang betul la tahi anjing...nasib aku tak terpijak tadi..

Kwang..kwang..kwang......

Calon-calon ketua kelas PISMP BM Sem 2 (2009)


Get your own Poll!


Hari-hari kami~















Hari-hari kami berlalu dengan penuh cabaran dan dugaan..
hari ni saja, kami telah menempuhi MUET ataupn Malaysian University English Test..

terlalu rendah diri ini jika dibandingkan dengan pelatih daripada kelas yang mengambil bahasa Inggeris sebagai minor semasa pra dahulu..

bahasa Inggeris yang lemah dan tidak terlatih
setelah sekian lamanya..
mengurangkan keyakinan diri setiap ahli kelas..
namun kami telah buat yang terbaik..
jadi sekarang kami tinggal tawakal atau berserah...

diharap semua dapat apa yg diinginkan..

p/s: good luck kwn2...(^_^)V







Saringan pantun bulan bahasa: k'rol, amri n thon..menang..menang..menang!


saringan pantun pertama telah menempatkan kelas PISMP BM sem 1 sebagai kumpulan peserta yang memasuki peringkat akhir...

Meris, Boi dan Ramzilla(import PPISMP BM sem2)
berjaya mndapat tempat pertama didalam saringan pertandingan pantun antara pelatih PISMP-PPISMP.

kehebatan mereka mengalahkan kumpulan yang telah berjaya mengatasi kehebatan kumpln
K"rol, Amri dan Thon membuktikan kelayakan mereka mewakili IPGM Kampus Kngau suatu masa dahulu.

p/s: Meris, Boi..kami skong kmu!..nti kami bwa banner besar2 p skong kamu msa final k!
lalalala...





Thursday, April 23, 2009

ESOK

Senaman Pagi di Padang Pekan Keningau

Esok semua ahli kelas wajib hadir untuk menyertai
senaman pagi di padang pekan Keningau.

Sebelum jam 7pg sudah sedia d depan kafe ok...

Pakai baju t-shirt BIG dengan seluar IP..

p/s: arahan daripada Roystien( ketua kelas)

PISMP BM IPGM KAMPUS KENINGAU















Assalammualaikum.....
hari ni, aku sudah cubauntuk buat yang trbaik bagi blog kelas kita..
jadi, harap2 la..
blog ni jadi perantara untuk kita smpai bila2..
k!
ada pa2 pasal aktiviti kelas boleh inform d sini ok...