Sunday, April 26, 2009

Peperiksaan awal sudah bermula

Sedar tidak sedar, rupanya kita sudah hampir sampai ke penghujung semester 1.
Pejam celik pejam celik, peperiksaan akhir semester sudah tiba.
susah dan senang ditempuhi, akhirnya masa cuti hampir dekat.
Esok, peperiksaan kertas pertama adalah TITAS,
yang lebih kepada subjek sejarah Tamadun Islam dan Tamadun Asia.
Selepas sahaja subjek TITAS, kita akan menempuhi peperiksaan subjek ELP,
iaitu satu-satunya subjek English yang diambil.
Apa juga yang berlaku, apa juga yang terjadi, apa juga yang dihadapi,
tempuhi ia dengan sebaik-baiknya,
dan ingat kita berusaha bersama-sama untuk mendapat keputusan yang terbaik,
sehingga mencapai puncak kegemilangan nanti.
Paling tidak pun, ada di antara kita namanya berkumandang semasa anugerah pelajar nanti.

No comments: