Wednesday, September 2, 2009

BAJU KELAS


Ringkas tapi padat dan semestinya menarik.
Hitam+Merah menjadi warna pilihan selepas melakukan undian dikelas,
kini muncullah baju kelas yang baru untuk kelas PISMP Bahasa Melayu Sem2.

Untuk pengetahuan setiap ahli kelas, ada satu lagi baju baru akan tiba tidak lama lagi.
Nantikan kemunculannya!


Tuesday, September 1, 2009

SELAMAT MENYAMBUT BULAN RAMADHAN AL-MUBARAK


Kepada semua pelatih IPGM seluruh Malaysia..
kami pelatih daripada IPGM Kampus Keningau PISMP Bahasa Melayu..
mengucapkan Selamat Menyambut Bulan Ramadhan



Saturday, July 4, 2009

Organisasi Opsyen Bahasa Melayu Sem 2

Ketua Jabatan Bahasa Melayu
En. Mohd Firdaus Bin Abd Salam

Tutor
En.Maspi Hj. Peran

Ketua Opsyen

Amri Izzad Bin Tahir

P. Ketua Opsyen
Alyvian Thomas

Setiausaha
Thonlief Anak Nobis

P. Setiausaha
Linda Sudian

Bendahari
Meris Anak Serang

AJK Keceriaan
Kenny Voo Su Khen

AJK Kebajikan
Mohd Khalid Bin Jasmi




Makluman kepada semua ahli kelas, jika anda menghadapi sebarang masalah sila merujuk kepada ketua opsyen yang baru kita iaitu saudara Amri dan penolongnya saudari Alyvian.


(^-^)V

Wednesday, May 20, 2009

HARI-HARI KAMI~

Hari ini, seperti yang dijadualkan..
kami sekelas dan kelas2 yang sama ambilan dngn kelas kami..
akan menghadapi peperiksaan bagi subjek pertama kami iaitu
Falsafah dan Pendidikan di Malaysia..
oleh yang demikian,
semoga berjaya semua..

Sehubungan dengan itu, tidak lupa kepada pensyarah-pensyarah yang banyak
memberikan input-input berguna kepada kami sepanjang kami berada di IPGM ini..
setinggi-tinggi ucapan terima kasih kepada semua pensyarah dan juga
SELAMAT HARI GURU

Kami memohon seribu kemaafan
jika terkasar dan tersilap bahasa..




Wednesday, May 13, 2009

PEPERIKSAAN AKHIR SEMESTER 1

JADUAL WAKTU PEPERIKSAAN

20 MEI-FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN (EDU 3101)*RABU

21 MEI- PERKEMBANGAN KANAK-KANAK (EDU 3102)*KHAMIS

25 MEI- PENGAJIAN SUKATAN PELAJARAN BM (SR) (BMM3101)*ISNIN

26 MEI- PEDAGOGI BAHASA MELAYU (SR) (BMM3102)*SELASA

Monday, May 4, 2009

Lagu IPGM

Institut Pendidikan Guru

Kami sentiasa bersedia

Menjulang etika kerja

Berkorban jiwa raga

Menjunjung aspirasi

Bangsa Negara tercinta

*Berwibawa, berintegriti,

Keunggulan peribadi,

Berteraskan keimanan

Mendidik anak bangsa

Kami bangga,

Menjadi guru, kerjaya dihormati

Tidak jemu menimba ilmu

Bakti setulus hati dan murni

ulang c/o*


IPG Malaysia berikrar

Membentuk guru berkualiti

Penyayang berakhlak mulia

Mendukung visi misi IPG (2x)




lalalala...lagu baru IPGM..

jadi kita sbagai penuntut di IPGM diwajibkan menghafalnya..

rajin2 la nyanyi k...

(^_^)

Saturday, May 2, 2009

Selamat Ulang Tahun


Panjang umurnya...panjang umurnya...panjang umurnya c ALY...
hehe..
untuk pngetahuan anda..
Alyvian Thomas @ Aly @ Liau(nama ni cuma digunakan oleh budak laki kelas kami..org lain dilarang ok!)

telah menyambut ulang tahunnya yang ke-20 kelmarin...01 mei 2009...
selama 20thn menjalani liku2 kehidupan...
akhirnya beliau berjaya menapakkan kaki ke IPGM Kampus Kgau..
saya rasa, itulah hadiah paling besar utk beliau pada usia 20thn ini..

p/s: Aly keep smile ok!...(^_^)V
hepi belated bday...

Wednesday, April 29, 2009

HAPPY BIRTHDAY UCHA

Hari ini, hari yang bertuah buat salah seorang rakan sekelas PISMP BM SEMESTER 1,
Kerana menyambut ulang tahun kelahirannya yang ke-20.
SELAMAT HARI JADI KEPADA ROSELIND UCHA ANAK JUBONG!

Dikesempatan ini, kami rakan-rakan sekelas, mengharapkan semoga anda sentiasa melakukan yang terbaik dalam apa juga bidang yang diceburi, sentiasa tabah dengan apa juga masalah serta rintangan yang melanda, dan ingat, TUHAN sentiasa bersama-sama dalam hidup kita, Amin.


(P/S: rakan-rakan yang lain, bolehlah menghantarkan ucapan selamat hari jadi anda kepada Ucha di blog ini.)

Tuesday, April 28, 2009

PERSAINGAN PERINGKAT AKHIR PESTA PANTUN 2009 IPGM KAMPUS KENINGAU

Pelbagai spekulasi mula bergema di corong-corong IPGM kampus Keningau,
Persoalan untuk mengetahui siapakah bakal ke peringkat akhir Pesta Pantun sempena bulan bahasa sudah diketahui.
Persaingan antara KPLI dengan (P)PISMP adalah dinanti-nantikan.
Persoalannya:

1.Mampukah kehebatan barisan pemantun IPGM kampus Keningau 2008, mengekalkan kehebatannya?

2.Adakah Severinus(Boi) mampu berhadapan dengan pihak lawannya kali ini(KPLI MT)?

3.Dan, mampukah Meris mengawal perasaan gemuruhnya di pentas akhir nanti?

1. Dan, mampukah cara persembahan KPLI Matematik menarik perhatian juri?

2. Mampukah barisan KPLI ini menewaskan adik-adik (p)Psimp?

3. Akhir sekali, adakah Syed Mohd.Zahinyr mengekalkan prestasi cemerlangnya sebelum ini?

(saksikan persaingan mantap pesta pantun peringkat akhir IPGM kampus Keningau 2009, pada 5 Mei 2009, jam 8.30pm)

p/s: Komen dan pandangan anda dihargai.

FINALIS BULAN BAHASA

Tahniah...tahniah...tahniah...

kepada peserta2 yang berjaya menaiki pentas final pertandingan dalam bulan bahasa...

terutama sekali kepada ahli-ahli kelas PISMP Bahasa Melayu..

Pantun: Meris, Boi
Syair: Dewi
Sajak: Niza


Sunday, April 26, 2009

Peperiksaan awal sudah bermula

Sedar tidak sedar, rupanya kita sudah hampir sampai ke penghujung semester 1.
Pejam celik pejam celik, peperiksaan akhir semester sudah tiba.
susah dan senang ditempuhi, akhirnya masa cuti hampir dekat.
Esok, peperiksaan kertas pertama adalah TITAS,
yang lebih kepada subjek sejarah Tamadun Islam dan Tamadun Asia.
Selepas sahaja subjek TITAS, kita akan menempuhi peperiksaan subjek ELP,
iaitu satu-satunya subjek English yang diambil.
Apa juga yang berlaku, apa juga yang terjadi, apa juga yang dihadapi,
tempuhi ia dengan sebaik-baiknya,
dan ingat kita berusaha bersama-sama untuk mendapat keputusan yang terbaik,
sehingga mencapai puncak kegemilangan nanti.
Paling tidak pun, ada di antara kita namanya berkumandang semasa anugerah pelajar nanti.

Saturday, April 25, 2009

Kisah Benar
















Cerita ini adalah benar dan sahih berdasarkan pengalaman rakan kepada salah seorang ahli di dalam kelas kami.

Kisahnya bermula begini,
di suatu pagi yang indah seorang Pak cik tua sedang menjalankan aktiviti hariannya berkebun di kebun miliknya sendiri.
Semasa dalam perjalanan hendak menuju ke untuk membersihkan kawasan tanamnya,
beliau telah terjumpa dengan setompok tahi.

Pakcik Tua: Huh, tahi!..besarnya...tahi apa ni?...tahi anjing ka..tahi binatang lain?..hmmm...

Tanpa berfikir panjang pak cik tua itu pun berlalu dan memulakan kerjanya tanpa mendapat jawapan tahi apakah yang ditemuinya tadi.
Semasa sedang asyik berkerja..tiba-tiba pak cik tua itu teringat semula akan tahi yang ditemuinya tadi..

Pak cik Tua: hurmmm....tadi tu tahi apa ya??...tahi anjing ka...tahi manusia ka...atau tahi binatang lain...isyh..isyh....!

Perasaan ketidakpuasaan hati menyelubungi pak cik tua itu..lalu membuatkan pak cik tua tadi kembali ke tempat dia ketemukan tahi tadi dan mengambil sebatang ranting dan menggunakan ranting tadi untuk memeriksa tahi tadi ialah sisa najis anjing atau binatang lain..

Pak cik Tua: Owhh.....betul la tahi anjing..hehe..risau aku..

Kemudian dengan rasa puas hati seketika dia kembali meneruskan perkerjaannya, namun perasaan tidak puas hati kembali lagi..dia masih bingung adakah benar tahi tadi adalah tahi anjing?..kemudia dia pergi semula dan kali ini..menghidu bau tahi itu dengan teliti..

Pak cik Tua: Huh..betul..betul..betul..tahi anjing ni..aku yakin kali ni..

Wah...nampaknya pak cik ni dah yakin...NAMUN tidak sampai 2 minit keyakinannya mulai luntur!..dia kembali lagi untuk menganalisis dengan lagi tepat..adakah tahi yang dijumpainya ialah tahi anjing atau tahi binatang lain!..huhu..gila pak cik ni...

Dan kali ni...pak cik tua tadi..dengan beraninya mencalit sedikit tahi tersebut dan merasanya dengan lidah untuk menganalisis kebenaran keptusan yang dibuatnya pada pertama kali tadi..Huh!..dan nak tahu apa pak cik tu cakap???..hah ni dia..

Pak Cik Tua: Puiiii...memang betul la tahi anjing...nasib aku tak terpijak tadi..

Kwang..kwang..kwang......

Calon-calon ketua kelas PISMP BM Sem 2 (2009)


Get your own Poll!


Hari-hari kami~















Hari-hari kami berlalu dengan penuh cabaran dan dugaan..
hari ni saja, kami telah menempuhi MUET ataupn Malaysian University English Test..

terlalu rendah diri ini jika dibandingkan dengan pelatih daripada kelas yang mengambil bahasa Inggeris sebagai minor semasa pra dahulu..

bahasa Inggeris yang lemah dan tidak terlatih
setelah sekian lamanya..
mengurangkan keyakinan diri setiap ahli kelas..
namun kami telah buat yang terbaik..
jadi sekarang kami tinggal tawakal atau berserah...

diharap semua dapat apa yg diinginkan..

p/s: good luck kwn2...(^_^)V







Saringan pantun bulan bahasa: k'rol, amri n thon..menang..menang..menang!


saringan pantun pertama telah menempatkan kelas PISMP BM sem 1 sebagai kumpulan peserta yang memasuki peringkat akhir...

Meris, Boi dan Ramzilla(import PPISMP BM sem2)
berjaya mndapat tempat pertama didalam saringan pertandingan pantun antara pelatih PISMP-PPISMP.

kehebatan mereka mengalahkan kumpulan yang telah berjaya mengatasi kehebatan kumpln
K"rol, Amri dan Thon membuktikan kelayakan mereka mewakili IPGM Kampus Kngau suatu masa dahulu.

p/s: Meris, Boi..kami skong kmu!..nti kami bwa banner besar2 p skong kamu msa final k!
lalalala...





Thursday, April 23, 2009

ESOK

Senaman Pagi di Padang Pekan Keningau

Esok semua ahli kelas wajib hadir untuk menyertai
senaman pagi di padang pekan Keningau.

Sebelum jam 7pg sudah sedia d depan kafe ok...

Pakai baju t-shirt BIG dengan seluar IP..

p/s: arahan daripada Roystien( ketua kelas)

PISMP BM IPGM KAMPUS KENINGAU















Assalammualaikum.....
hari ni, aku sudah cubauntuk buat yang trbaik bagi blog kelas kita..
jadi, harap2 la..
blog ni jadi perantara untuk kita smpai bila2..
k!
ada pa2 pasal aktiviti kelas boleh inform d sini ok...




Thursday, January 22, 2009

TAHUN BARU, SEM BARU, BLOG BARU

Memandangkan kami dari opsyen bahasa Melayu dan sekarang berada dalam tahun pertama Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan(PISMP), kami telah memutuskan untuk memperbaharui blog opsyen kami sepanjang kami berada di Institut Pendidikan Guru Malaysia kampus Keningau ini.

Ceh~..hehehe..BM lurus tu..apa2 pun blog ni dbuat utk memberi maklumat kepada ahli2 kelas sepanjang kita berada di IPGM kampus keningau ni..jadi, kawan2 kalau ada apa2 informasi2 penting silalah..kongsi2 ya..jangan karit orng sabah ckp..heheh..