Tuesday, January 17, 2012

KUMPULAN PROJEK KKBI LAWATAN SAMBIL BELAJAR

KUMPULAN 1

TAJUK TUGASAN: 
KEBUDAYAAN MELAYU (SOSIAL): SENI PERSEMBAHAN, SENI TAMPAK, SENI MUZIK

AHLI KUMPULAN:
1. MUHAMMAD KHAIROL B. JEFRI
2. ROSELIND UCHA ANAK JUBONG
3. LAU PIK SWEE


KUMPULAN 2

TAJUK TUGASAN:
KEBUDAYAAN MELAYU (SOSIAL): AGAMA ISLAM, ADAT DAN KEPERCAYAAN, BAHASA, NILAI DAN FALSAFAH

AHLI KUMPULAN:
1. KENNY VOO SU KHEN
2. ROYSTEIN ANAK DENIS
3. MOHD SUBRI BIN MOHAMAD
4. MERIS ANAK SERANG


KUMPULAN 3

TAJUK TUGASAN:
KEBUDAYAAN MELAYU (SOSIAL): PERUBATAN, PAKAIAN, PERMAINAN

AHLI KUMPULAN:
1. HO FUI CHEN
2. JENNIFER JAINUS
3. ALYVIAN THOMAS


KUMPULAN 4

TAJUK TUGASAN:
KEBUDAYAAN MELAYU ( EKONOMI): PEKERJAAN, PENGURUSAN HARTA

AHLI KUMPULAN:
1. LINDA SUDIAN
2. MOHD KHALID BIN JASMI
3. AMRI IZZAD BIN TAHIR


KUMPULAN 5


TAJUK TUGASAN:
KEBUDAYAAN MELAYU (POLITIK): SISTEM PEMERINTAHAN DAN PENTADBIRAN, INSTITUSI SOSIAL, SISTEM KEKELUARGAAN


AHLI KUMPULAN:
1. AZNIZAH BT MAKSIT
2. NORKUMALADEWI BINTI MUHAMMAD
3. SEVERINUS NAIN
4. THONLIEF ANAK NOBIS

Thursday, January 12, 2012

CARTA ORGANISASI SEMESTER 7


Tutor 
En.Bahaman B. Ismail

Ketua Opsyen
Norkumaladewi Binti Muhammad

P. Ketua Opsyen
Mohamad Khalid Bin Jasmi

Setiausaha
Thonlief Anak Nobis

Bendahari
Aznizah Bt Maksit

AJK Keceriaan
Meris Anak Serang

AJK Kebajikan
Jennifer Jainus

AJK Analisis Buku Kehadiran
Linda Sudian dan Roselind Ucha Anak Jubong

AJK Fail:
Severinus Nain

AJK Kebersihan:
Lau Pik Swee

AJK Borang Tutorial:
Ho Fui Chen
 
AJK Fotostat: 
Amri Izzad Bin Tahir

AJK Kertas Kerja:
Mohamad Subri Bin Mohamad

Koodinator Pensyarah:
NBI: Kenny Voo Su Khen
CBA: Muhammad Khairol Bin Jefri
BHI: Alyvian Thomas

"Selamat Menjalankan Tugas"

Monday, June 20, 2011

Carta Organisasi Ahli Jawatankuasa Persatuan Bahasa Melayu

Pensyarah Penasihat: Drs. Bahaman Bin Ismail
                                 Dr. Musirin Bin Mosin

Pengerusi: Severinus Nain

Timbalan Pengerusi: Alyvian Thomas

Setiausaha: Aznizah Binti Maksit

Timbalan Setiausaha: Amri Izzad Bin Tahir

Bendahari: Linda Sudian

Timbalan Bendahari: Norkumaladewi Binti Muhammad

AJK Kehadiran: Lau Pik Swee, Thonlief Anak Nobis

AJK Dokumentasi: Ho Fui Chen, Roystein Anak Denis

AJK Sijil: Muhammad Khairol Bin Jefri,  Mohamad Khalid Bin Jasmi

AJK Keselamatan: Jennifer Jainus, Roselind Ucha Anak Jubong

AJK Peralatan: Meris Anak Serang, Kenny Voo Su Khen

AJK  BBM: Mohamad Subri Bin Mohamad

Saturday, January 22, 2011

Inovasi Kamus Dewan Edisi 4

Kamus Dewan Edisi Empat


Masih segar diingatan kata-kata Encik Adnan Bin Endut Ketua Jabatan Pengajian Melayu IPG K. Keningau berkenaan Kamus Dewan ini.
"Kalau orang Islam itu kitabnya al-Quran, kristian kitabnya Injil. Maka Kamus Dewan ialah kitab bagi orang-orang Bahasa Melayu seperti kamu"- Adnan Bin Endut

Dan sekarang kata-kata beliau terbukti, apabila kami ditugaskan untuk menghasilkan satu inovasi kepada kamus tersebut. Walaupun ia tidak akan diiktiraf oleh Dewan Bahasa dan Pustaka, namun usaha kami ini InsyAllah akan diserahkan kepada pusat sumber IPG Kampus Keningau.
Untuk pengetahuan anda kami dalam proses mencari setiap golongan perkataan ini dalam Kamus Dewan Edisi Empat:

1. Kata imbuhan (apitan, sisipan, awalan, akhiran)
2. Kata Majmuk 
3. Kata ganda 
4. Akronim ( suku kata, pangkal kata, campuran)

Setiap kumpulan kata tersebut dibahagikan kepada setiap kumpulan. 
Maka dengan itu, doakan kami berjaya menyiapkan tugasan kami ini.
Kepada Garasian: Semoga Berjaya ^^

2011 dan Semester 5!

Assalammualaikum dan salam perpaduan,

Blog PISMP BM akhirnya dikemas kini. InsyAllah kali ini akan lebih banyak entri akan dikongsikan bersama.
Bagi permulaan semester ini, iaitu semester 5 untuk PISMP Bahasa Melayu. Kami telah ditugaskan untuk mengendalikan perhimpunan pembukaan tahun 2011. 
Perhimpunan yang dikendalikan nampaknya agak berjaya dengan kesungguhan setiap ahli.
Keputusan peperiksaan semester lepas juga agak memberansangkan. Peningkatan lebih banyak berlaku daripada kemerosotan, tahniah PISMP BM!!


 gambar kenangan sepanjang persiapan perhimpunan pertama 2011
:
:
gadis-gadis Garasian (PISMP BM S.5)

Berikut merupakan ahli jawatankuasa PISMP BM bagi semester ini:


Tutor 
En.Bahaman B. Ismail

Ketua Opsyen
Kenny Voo Su Khen

P. Ketua Opsyen
Lau Pik Swee

Setiausaha
Linda Sudian

Bendahari
Aznizah Bt Maksit

AJK Keceriaan
Alyvian Thomas
Roselind Ucha Anak Jubong

AJK Kebajikan
Meris Anak Serang

AJK Analisis Buku Kehadiran
Norkumaladewi Binti Muhammad

"Selamat Menjalankan Tugas"


Thursday, February 11, 2010

Gotong Royong Kelas



SEKARANG!!!

demi menyahut seruan Jbtn Hal Ehwal Pelajar,
kelas PISMP Bm tidak ketinggalan utk bertungkus-lumus menghiasi kelas bagi keselesaan bersama( padahal mau menang anugerah kelas trcantik!)

jom kita lihat apa yang berlaku dalam kelas Garas bawah naugan PISMP Bm sem 3 ni................

bermacam-macam kerenah diorang ni...
.
.
.
.

semua dengan gelagat masing-masing...apa2 saja laa..yg pnting korng semua buat kerja~
.
.
.
.

hasilnya????????
nantikan post seterusnya~
(^-^)

Monday, January 25, 2010

PISMP BM dan awal semester



Seperti pelatih2 IPG lain, permulaan semester adalah sesuatu yang sangat membosankan maka masa dihabiskan dengan benda yang tidak berfaedah. Namun dikesempatan itu, banyak aktiviti menarik yang telah dicetuskan oleh ahli kelas sendiri..contohnya melukis kartun-kartun ini..

MISS BM

uppsss...terlebih pula bilangan miss bm ni..bukan dalam kelas ada 7orang pelatih perempuan jer ke??..siapakah gadis misteri yang berpakaian cantik itu??~~




rajin pulak dah..(xpercaya aku hihihi~)

Selain membuang masa dengan melukis kartun, kami juga sempat pergi ke perpustakaan IPG K. Kngau yang nampaknya sudah mempunyai banyak perubahan susun atur..cantik la..( tp tandas asrama tak cantik..huhu)


P/S: Esok 26hb Januari 2010, KUIZ Anatomi dan Fisiologi
Rangka dan Otot
Oleh: Encik Sallehudin Bin Ibrahim



Friday, January 15, 2010

POST PERTAMA DI TAHUN BAHARU (2010)

Assalammualaikum dan salam 1 Malaysia,

pertama sekali saya mewakili PISMP Bahasa Melayu ambilan Januari 2009 IPGM Kampus Keningau ingin mengucapkan selamat tahun baharu kepada semua pelawat yang mengunjungi blog kelas kami pada tahun 2010 ini.

Terus kepada carta organisasi baharu semester ini:

Ketua Jabatan Pengajian Melayu
En. Mohd Firdaus Bin Abd Salam

Tutor

En.Maspi Hj. Peran



Ketua Opsyen
Mohd Subri Bin Mohamad

P. Ketua Opsyen
Aznizah Binti Maksit

Setiausaha
Ho Fui chen

Bendahari
Meris Anak Serang

AJK Keceriaan
Linda Sudian
Thonlief Anak Nobis


AJK Kebajikan
Lau Pik Swee
Norkumaladewi Binti
Muhammad

AJK Analisis Buku Kehadiran
Roselind Ucha Anak Jubong
Severinus Nain

P/S: Diharap kesemua penama baharu diatas memberikan kerjasama dan menjalankan tanggungjawab yang diamanahkan. (^-^)

Seimbas Lalu Tahun 2009~


Glitter Text Graphics - http://www.sparklee.com




Bersama Encik Datu pensyarah Jabatan Pendidikan Jasmani..



Nie manipulasi alatan ka???


Woooooo~



Macam biasa makan bersama selepas kelas~



Sarapan bersama ketika menjalankan Bina Insan Guru Ke-2

bergaduh ke?????


Antara ahli kelas yg terlibat semasa MPBB Julai 2009
Niza ajk disiplin yg ganas!!(padahal tipu jak)
meris ajk makanan(tapi lebih2 plak ambil watak jd ajk disiplin...hurmmm..meris lupa watak ker~)


Wednesday, September 2, 2009

BAJU KELAS


Ringkas tapi padat dan semestinya menarik.
Hitam+Merah menjadi warna pilihan selepas melakukan undian dikelas,
kini muncullah baju kelas yang baru untuk kelas PISMP Bahasa Melayu Sem2.

Untuk pengetahuan setiap ahli kelas, ada satu lagi baju baru akan tiba tidak lama lagi.
Nantikan kemunculannya!


Tuesday, September 1, 2009

SELAMAT MENYAMBUT BULAN RAMADHAN AL-MUBARAK


Kepada semua pelatih IPGM seluruh Malaysia..
kami pelatih daripada IPGM Kampus Keningau PISMP Bahasa Melayu..
mengucapkan Selamat Menyambut Bulan Ramadhan



Saturday, July 4, 2009

Organisasi Opsyen Bahasa Melayu Sem 2

Ketua Jabatan Bahasa Melayu
En. Mohd Firdaus Bin Abd Salam

Tutor
En.Maspi Hj. Peran

Ketua Opsyen

Amri Izzad Bin Tahir

P. Ketua Opsyen
Alyvian Thomas

Setiausaha
Thonlief Anak Nobis

P. Setiausaha
Linda Sudian

Bendahari
Meris Anak Serang

AJK Keceriaan
Kenny Voo Su Khen

AJK Kebajikan
Mohd Khalid Bin Jasmi




Makluman kepada semua ahli kelas, jika anda menghadapi sebarang masalah sila merujuk kepada ketua opsyen yang baru kita iaitu saudara Amri dan penolongnya saudari Alyvian.


(^-^)V

Wednesday, May 20, 2009

HARI-HARI KAMI~

Hari ini, seperti yang dijadualkan..
kami sekelas dan kelas2 yang sama ambilan dngn kelas kami..
akan menghadapi peperiksaan bagi subjek pertama kami iaitu
Falsafah dan Pendidikan di Malaysia..
oleh yang demikian,
semoga berjaya semua..

Sehubungan dengan itu, tidak lupa kepada pensyarah-pensyarah yang banyak
memberikan input-input berguna kepada kami sepanjang kami berada di IPGM ini..
setinggi-tinggi ucapan terima kasih kepada semua pensyarah dan juga
SELAMAT HARI GURU

Kami memohon seribu kemaafan
jika terkasar dan tersilap bahasa..




Wednesday, May 13, 2009

PEPERIKSAAN AKHIR SEMESTER 1

JADUAL WAKTU PEPERIKSAAN

20 MEI-FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN (EDU 3101)*RABU

21 MEI- PERKEMBANGAN KANAK-KANAK (EDU 3102)*KHAMIS

25 MEI- PENGAJIAN SUKATAN PELAJARAN BM (SR) (BMM3101)*ISNIN

26 MEI- PEDAGOGI BAHASA MELAYU (SR) (BMM3102)*SELASA

Monday, May 4, 2009

Lagu IPGM

Institut Pendidikan Guru

Kami sentiasa bersedia

Menjulang etika kerja

Berkorban jiwa raga

Menjunjung aspirasi

Bangsa Negara tercinta

*Berwibawa, berintegriti,

Keunggulan peribadi,

Berteraskan keimanan

Mendidik anak bangsa

Kami bangga,

Menjadi guru, kerjaya dihormati

Tidak jemu menimba ilmu

Bakti setulus hati dan murni

ulang c/o*


IPG Malaysia berikrar

Membentuk guru berkualiti

Penyayang berakhlak mulia

Mendukung visi misi IPG (2x)




lalalala...lagu baru IPGM..

jadi kita sbagai penuntut di IPGM diwajibkan menghafalnya..

rajin2 la nyanyi k...

(^_^)

Saturday, May 2, 2009

Selamat Ulang Tahun


Panjang umurnya...panjang umurnya...panjang umurnya c ALY...
hehe..
untuk pngetahuan anda..
Alyvian Thomas @ Aly @ Liau(nama ni cuma digunakan oleh budak laki kelas kami..org lain dilarang ok!)

telah menyambut ulang tahunnya yang ke-20 kelmarin...01 mei 2009...
selama 20thn menjalani liku2 kehidupan...
akhirnya beliau berjaya menapakkan kaki ke IPGM Kampus Kgau..
saya rasa, itulah hadiah paling besar utk beliau pada usia 20thn ini..

p/s: Aly keep smile ok!...(^_^)V
hepi belated bday...

Wednesday, April 29, 2009

HAPPY BIRTHDAY UCHA

Hari ini, hari yang bertuah buat salah seorang rakan sekelas PISMP BM SEMESTER 1,
Kerana menyambut ulang tahun kelahirannya yang ke-20.
SELAMAT HARI JADI KEPADA ROSELIND UCHA ANAK JUBONG!

Dikesempatan ini, kami rakan-rakan sekelas, mengharapkan semoga anda sentiasa melakukan yang terbaik dalam apa juga bidang yang diceburi, sentiasa tabah dengan apa juga masalah serta rintangan yang melanda, dan ingat, TUHAN sentiasa bersama-sama dalam hidup kita, Amin.


(P/S: rakan-rakan yang lain, bolehlah menghantarkan ucapan selamat hari jadi anda kepada Ucha di blog ini.)

Tuesday, April 28, 2009

PERSAINGAN PERINGKAT AKHIR PESTA PANTUN 2009 IPGM KAMPUS KENINGAU

Pelbagai spekulasi mula bergema di corong-corong IPGM kampus Keningau,
Persoalan untuk mengetahui siapakah bakal ke peringkat akhir Pesta Pantun sempena bulan bahasa sudah diketahui.
Persaingan antara KPLI dengan (P)PISMP adalah dinanti-nantikan.
Persoalannya:

1.Mampukah kehebatan barisan pemantun IPGM kampus Keningau 2008, mengekalkan kehebatannya?

2.Adakah Severinus(Boi) mampu berhadapan dengan pihak lawannya kali ini(KPLI MT)?

3.Dan, mampukah Meris mengawal perasaan gemuruhnya di pentas akhir nanti?

1. Dan, mampukah cara persembahan KPLI Matematik menarik perhatian juri?

2. Mampukah barisan KPLI ini menewaskan adik-adik (p)Psimp?

3. Akhir sekali, adakah Syed Mohd.Zahinyr mengekalkan prestasi cemerlangnya sebelum ini?

(saksikan persaingan mantap pesta pantun peringkat akhir IPGM kampus Keningau 2009, pada 5 Mei 2009, jam 8.30pm)

p/s: Komen dan pandangan anda dihargai.

FINALIS BULAN BAHASA

Tahniah...tahniah...tahniah...

kepada peserta2 yang berjaya menaiki pentas final pertandingan dalam bulan bahasa...

terutama sekali kepada ahli-ahli kelas PISMP Bahasa Melayu..

Pantun: Meris, Boi
Syair: Dewi
Sajak: Niza


Sunday, April 26, 2009

Peperiksaan awal sudah bermula

Sedar tidak sedar, rupanya kita sudah hampir sampai ke penghujung semester 1.
Pejam celik pejam celik, peperiksaan akhir semester sudah tiba.
susah dan senang ditempuhi, akhirnya masa cuti hampir dekat.
Esok, peperiksaan kertas pertama adalah TITAS,
yang lebih kepada subjek sejarah Tamadun Islam dan Tamadun Asia.
Selepas sahaja subjek TITAS, kita akan menempuhi peperiksaan subjek ELP,
iaitu satu-satunya subjek English yang diambil.
Apa juga yang berlaku, apa juga yang terjadi, apa juga yang dihadapi,
tempuhi ia dengan sebaik-baiknya,
dan ingat kita berusaha bersama-sama untuk mendapat keputusan yang terbaik,
sehingga mencapai puncak kegemilangan nanti.
Paling tidak pun, ada di antara kita namanya berkumandang semasa anugerah pelajar nanti.

Saturday, April 25, 2009

Kisah Benar
















Cerita ini adalah benar dan sahih berdasarkan pengalaman rakan kepada salah seorang ahli di dalam kelas kami.

Kisahnya bermula begini,
di suatu pagi yang indah seorang Pak cik tua sedang menjalankan aktiviti hariannya berkebun di kebun miliknya sendiri.
Semasa dalam perjalanan hendak menuju ke untuk membersihkan kawasan tanamnya,
beliau telah terjumpa dengan setompok tahi.

Pakcik Tua: Huh, tahi!..besarnya...tahi apa ni?...tahi anjing ka..tahi binatang lain?..hmmm...

Tanpa berfikir panjang pak cik tua itu pun berlalu dan memulakan kerjanya tanpa mendapat jawapan tahi apakah yang ditemuinya tadi.
Semasa sedang asyik berkerja..tiba-tiba pak cik tua itu teringat semula akan tahi yang ditemuinya tadi..

Pak cik Tua: hurmmm....tadi tu tahi apa ya??...tahi anjing ka...tahi manusia ka...atau tahi binatang lain...isyh..isyh....!

Perasaan ketidakpuasaan hati menyelubungi pak cik tua itu..lalu membuatkan pak cik tua tadi kembali ke tempat dia ketemukan tahi tadi dan mengambil sebatang ranting dan menggunakan ranting tadi untuk memeriksa tahi tadi ialah sisa najis anjing atau binatang lain..

Pak cik Tua: Owhh.....betul la tahi anjing..hehe..risau aku..

Kemudian dengan rasa puas hati seketika dia kembali meneruskan perkerjaannya, namun perasaan tidak puas hati kembali lagi..dia masih bingung adakah benar tahi tadi adalah tahi anjing?..kemudia dia pergi semula dan kali ini..menghidu bau tahi itu dengan teliti..

Pak cik Tua: Huh..betul..betul..betul..tahi anjing ni..aku yakin kali ni..

Wah...nampaknya pak cik ni dah yakin...NAMUN tidak sampai 2 minit keyakinannya mulai luntur!..dia kembali lagi untuk menganalisis dengan lagi tepat..adakah tahi yang dijumpainya ialah tahi anjing atau tahi binatang lain!..huhu..gila pak cik ni...

Dan kali ni...pak cik tua tadi..dengan beraninya mencalit sedikit tahi tersebut dan merasanya dengan lidah untuk menganalisis kebenaran keptusan yang dibuatnya pada pertama kali tadi..Huh!..dan nak tahu apa pak cik tu cakap???..hah ni dia..

Pak Cik Tua: Puiiii...memang betul la tahi anjing...nasib aku tak terpijak tadi..

Kwang..kwang..kwang......