Saturday, January 22, 2011

Inovasi Kamus Dewan Edisi 4

Kamus Dewan Edisi Empat


Masih segar diingatan kata-kata Encik Adnan Bin Endut Ketua Jabatan Pengajian Melayu IPG K. Keningau berkenaan Kamus Dewan ini.
"Kalau orang Islam itu kitabnya al-Quran, kristian kitabnya Injil. Maka Kamus Dewan ialah kitab bagi orang-orang Bahasa Melayu seperti kamu"- Adnan Bin Endut

Dan sekarang kata-kata beliau terbukti, apabila kami ditugaskan untuk menghasilkan satu inovasi kepada kamus tersebut. Walaupun ia tidak akan diiktiraf oleh Dewan Bahasa dan Pustaka, namun usaha kami ini InsyAllah akan diserahkan kepada pusat sumber IPG Kampus Keningau.
Untuk pengetahuan anda kami dalam proses mencari setiap golongan perkataan ini dalam Kamus Dewan Edisi Empat:

1. Kata imbuhan (apitan, sisipan, awalan, akhiran)
2. Kata Majmuk 
3. Kata ganda 
4. Akronim ( suku kata, pangkal kata, campuran)

Setiap kumpulan kata tersebut dibahagikan kepada setiap kumpulan. 
Maka dengan itu, doakan kami berjaya menyiapkan tugasan kami ini.
Kepada Garasian: Semoga Berjaya ^^

2011 dan Semester 5!

Assalammualaikum dan salam perpaduan,

Blog PISMP BM akhirnya dikemas kini. InsyAllah kali ini akan lebih banyak entri akan dikongsikan bersama.
Bagi permulaan semester ini, iaitu semester 5 untuk PISMP Bahasa Melayu. Kami telah ditugaskan untuk mengendalikan perhimpunan pembukaan tahun 2011. 
Perhimpunan yang dikendalikan nampaknya agak berjaya dengan kesungguhan setiap ahli.
Keputusan peperiksaan semester lepas juga agak memberansangkan. Peningkatan lebih banyak berlaku daripada kemerosotan, tahniah PISMP BM!!


 gambar kenangan sepanjang persiapan perhimpunan pertama 2011
:
:
gadis-gadis Garasian (PISMP BM S.5)

Berikut merupakan ahli jawatankuasa PISMP BM bagi semester ini:


Tutor 
En.Bahaman B. Ismail

Ketua Opsyen
Kenny Voo Su Khen

P. Ketua Opsyen
Lau Pik Swee

Setiausaha
Linda Sudian

Bendahari
Aznizah Bt Maksit

AJK Keceriaan
Alyvian Thomas
Roselind Ucha Anak Jubong

AJK Kebajikan
Meris Anak Serang

AJK Analisis Buku Kehadiran
Norkumaladewi Binti Muhammad

"Selamat Menjalankan Tugas"