Wednesday, May 20, 2009

HARI-HARI KAMI~

Hari ini, seperti yang dijadualkan..
kami sekelas dan kelas2 yang sama ambilan dngn kelas kami..
akan menghadapi peperiksaan bagi subjek pertama kami iaitu
Falsafah dan Pendidikan di Malaysia..
oleh yang demikian,
semoga berjaya semua..

Sehubungan dengan itu, tidak lupa kepada pensyarah-pensyarah yang banyak
memberikan input-input berguna kepada kami sepanjang kami berada di IPGM ini..
setinggi-tinggi ucapan terima kasih kepada semua pensyarah dan juga
SELAMAT HARI GURU

Kami memohon seribu kemaafan
jika terkasar dan tersilap bahasa..




Wednesday, May 13, 2009

PEPERIKSAAN AKHIR SEMESTER 1

JADUAL WAKTU PEPERIKSAAN

20 MEI-FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN (EDU 3101)*RABU

21 MEI- PERKEMBANGAN KANAK-KANAK (EDU 3102)*KHAMIS

25 MEI- PENGAJIAN SUKATAN PELAJARAN BM (SR) (BMM3101)*ISNIN

26 MEI- PEDAGOGI BAHASA MELAYU (SR) (BMM3102)*SELASA

Monday, May 4, 2009

Lagu IPGM

Institut Pendidikan Guru

Kami sentiasa bersedia

Menjulang etika kerja

Berkorban jiwa raga

Menjunjung aspirasi

Bangsa Negara tercinta

*Berwibawa, berintegriti,

Keunggulan peribadi,

Berteraskan keimanan

Mendidik anak bangsa

Kami bangga,

Menjadi guru, kerjaya dihormati

Tidak jemu menimba ilmu

Bakti setulus hati dan murni

ulang c/o*


IPG Malaysia berikrar

Membentuk guru berkualiti

Penyayang berakhlak mulia

Mendukung visi misi IPG (2x)




lalalala...lagu baru IPGM..

jadi kita sbagai penuntut di IPGM diwajibkan menghafalnya..

rajin2 la nyanyi k...

(^_^)

Saturday, May 2, 2009

Selamat Ulang Tahun


Panjang umurnya...panjang umurnya...panjang umurnya c ALY...
hehe..
untuk pngetahuan anda..
Alyvian Thomas @ Aly @ Liau(nama ni cuma digunakan oleh budak laki kelas kami..org lain dilarang ok!)

telah menyambut ulang tahunnya yang ke-20 kelmarin...01 mei 2009...
selama 20thn menjalani liku2 kehidupan...
akhirnya beliau berjaya menapakkan kaki ke IPGM Kampus Kgau..
saya rasa, itulah hadiah paling besar utk beliau pada usia 20thn ini..

p/s: Aly keep smile ok!...(^_^)V
hepi belated bday...